MalaysianTranslationTeamBoard
|
Malaysian Team |
|
|
Resources |
|
|
Extras |
|
Malaysian Team |
|
|
Maklumat & Bantuan |
|
|
Pembangunan Kumpulan |
From MalaysianTeam/Activities/2008
Dewan Kumpulan Penterjemah Ubuntu Malaysia
Dewan Pengarah ini dibentuk untuk menyelaras projek penterjemahan Ubuntu ke Bahasa Malaysia. Ini kerana proses terjemahan Ubuntu ke Bahasa Malaysia telah lama dilakukan namun tiada mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menyelaras projek terjemahan ini. Dengan itu, Dewan ini dibentuk untuk:
Menyelaras projek terjemahan Ubuntu ke Bahasa Malaysia secara bersepadu.
Merekrut ahli-ahli penterjemah baru.
Membantu ahli penterjemah baru yang berminat tetapi tidak berkemahiran dan tidak tahu bagaimana untuk mula menyumbang.
Membincangkan isu-isu berkenaan Projek Terjemahan Bersepadu Ubuntu ke Bahasa Malaysia.
Projek Terjemahan Ubuntu Bersepadu ini tidak hanya tertumpu kepada terjemahan Sistem Pengoperasian Ubuntu sahaja. Malah ia juga melibatkan keseluruhan komponen, aplikasi, dokumentasi, wiki dan apa sahaja yang berkaitan dengan Ubuntu dan harus diterjemah.
Keahlian
Oleh kerana dewan ini baru dimulakan, saya menjemput semua yang berminat untuk menyertai dewan ini. Sesiapa yang berminat untuk menyertai Projek Terjemahan Bersepadu ini boleh memasukkan nama anda dalam senarai. Sila sertakan maklumat lengkap untuk dihubungi serta pautan Launchpad yang menjadi syarat kepada ahli penterjemah. Sila rujuk Syarat Keahlian untuk mengetahui sama ada anda layak untuk menjadi Ahli Dewan ini.
Nama |
Nick IRC |
Launchpad |
ApOgEE- |
||
Goldsniper- |
||
umarzuki- |
||
shaifful- |
Syarat keahlian
Keahlian Dewan ini dibuka kepada semua yang berminat untuk menterjemah Ubuntu ke Bahasa Malaysia secara aktif. Syarat utama keahlian ialah:
Anda telah mendaftarkan diri di Launchpad
Anda mempunyai sekurang-kurangnya 10 keputusan terjemahan dalam bahagian https://translations.edge.launchpad.net/~<id-launchpad-anda>
- Merasakan diri anda mampu untuk meluangkan masa menyumbang secara percuma dalam projek terjemahan bersepadu ini.
Anda mematuhi Etika dan Kod Perlaksanaan Ubuntu http://www.ubuntu.com/community/conduct
Ahli Ubuntu MalaysianTeam https://edge.launchpad.net/~malaysianteam
* Syarat keahlian ini akan dipinda dari masa ke semasa bergantung kepada keputusan perbincangan ahli dewan
Mesyuarat
Tarikh ini masih dalam cadangan dan mungkin akan berubah bergantung kepada sebarang cadangan dan bantahan yang dibuat dalam forum Ubuntu Malaysia di http://forums.ubuntu.com.my/viewtopic.php?f=41&t=383
Butiran mesyuarat:
Masa : |
Khamis - 21 Ogos 2008 - 9.00 Malam (Waktu Malaysia) |
Tempat : |
Channel IRC #ubuntu-my di pelayan irc.freenode.net |
Isu yang akan dibincangkan:
- Pembentukan Dewan Kumpulan Penterjemah Ubuntu Malaysia
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa Dewan
- Cadangan Untuk Keahlian
- Visi dan Matlamat Organisasi
- Cadangan Perlaksanaan
MalaysianTeam/Activities/2008/MalaysianTranslationTeamBoard (last edited 2009-05-10 03:03:59 by 203)





